Bahan : 1kg tulang - di rebus terlebih dulu dan ketepikan
Bahan A( di kisar ):- 3 batang kulit kayu manis
3 biji buah keras
3 biji buah pelaga
1 camb jintan manis
bunga cengkih
bunga lawang
5 biji gajus
Bahan B:- 3 biji keledek
3 biji kentang
4 biji pisang emas @ pisang yg manis
1/4 hirisan nanas
Bahan C :- 5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
halia sebesar ibu jari
lengkuas sebesar ibu jari
3 batang serai
4 camb serbuk kurma
minyak
perencah sup
5 helai daun pandan
Caranya :- Bahan A di blend . selepas itu tumis hingga naik bau.
setelah itu rebus semua bahan B dan kemudian
kisar hingga halus .
- masukkan air rebusan tulang td, perencah sup ,
bahan A dan bahan B ke dalam periuk dan masak
seketika .
-setelah tu , ambil semua bahan C dan di potong halus
lalu di goreng dengan api perlahan .
- kemudian ambil 1 cab serbuk lada , 1 camb gula
dan sedikit serbuk perasa .
- campurkan bahan ini ke dalam satu cawan air lalu
kacau hingga sebati.
- setelah tu tuangkan campuran tadi ke dalam kuah sup
dan biar reneh seketika sebelum d masukkan tulang .
- akhir masukkan daun pandan utk menaikkan aroma
sebelum di hidangkan.
taburkan sedikit daun bawang dan daun sup sebagai
hiasan..
selamat mencuba
linda cameron 2011
No comments:
Post a Comment