Bahan :- 800g beras nasi dagang -rendam 4 jam
100g bawang merah - hiris
150g halia - hiris
sedikit halba
500ml santan kelapa
gara dan gula secukup rasa
Bahan sambal kerisek :-100g kerisek
1 biji gula melaka- hancurkan
50g bawang besar
sedukit gula
Bahan untuk gulai dagang :- 500g ikan tongkol
60ml minyak
650ml santan kelapa
sedikit jintan putih
25g asam keping
sedikit jus asam jawa
3 biji cili hijau
3 biji cili merah
garam dan gula
Bahan A(kisar halus):-8 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5cm lengkuas
Caranya :- campurkan garam dan gula dalam santan kelapa .satukan
halba dan bawang merah . kukus beras nasi dagang
selama 15 minit .
- kemudian bilaskan beras tersebut dengan air sejuk .
kemudian kukus lagi hingga masak .
-kemudian angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk besar
dan gaulkan dengan santan kelapa . ratakan dan bolehlah
hidangkan bersama gulai .
-untuk gulai :- panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga
naik bau .masukkan air asam jawa dan asam keping
bersama2 santan kelapa.
- selepas tu masukkan ikan tongkol. perlahankan api
dan biarkan ia masak . masukkan cili merah dan cili
hijau serta serbuk perasa dan garam,
- hidangkan bersama nasi dagang ,untuk menyediakan
sambal kerisek , gaulkan bahan seperti kerisek , gula
melaka , bawang besar dan gula hingga sebati .
selamat mencuba ..
No comments:
Post a Comment