Showing posts with label NASI. Show all posts
Showing posts with label NASI. Show all posts
Sunday, April 20, 2014
NASI TOMATO KACANG DHAL
Bahan ;
minyak untuk menumis
2 camb susu sejat
1 camb jus limau
4 camb pes tomato
80g kacang dhal - rendam semalaman
garam
500g beras basmathi
700g air rebusan sayur
Bahan tumis :
3cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum b lawang
2 bj buah pelaga
Bahan hiris :
4 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
Caranya :
1- panaskan minyak , masukkan bahan tumis dan goreng hingga wangi .
masukkan bahan tumis dan hiris dan tumis hingga garing .
2-masukkan susu , jus limau , pes tomato , kacang dhal , garam dan beras .
kacau rata dan tuangkan air stok rebusan sayur dan tanak nasi hingga masak .
hidangkan ...
Sunday, April 1, 2012
NASI AYAM
Bahan :- A
1 ekor ayam -1.kg
1 paket tumix (ayam )
1 camb jus halia
Bahan B :-
2 camb marjerin
2 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
50g halia- cincang
Bahan C:-
200g beras- cuci dan tos
1-2 helai daun pandan - ikat simpul
1 paket tumix ayam
1/2 camt garam
Caranya :- perapkan ayam dengan bahan A selama 1/2 jam , rebus
3 liter air , masukkan ayam dan renehkan selama 20 minit .
- simpan stok ayam untuk memasak nasi dan sup . keluarkan
ayam potong kecil .hiaskan dengan timun, daun bawang
dan sederi .
- untuk memasak nasi :- masukkan bahan B dalam kuali dan
goreng hingga wangi . masukkan bahan C , masukkan ke
dalam periuk nasi atau saucepan dengan 300ml stok ayam
(dari rebusan ayam ) biarkan masak ,
- gunakan lebihan stok ayam sebagai sup . taburkan daun sup
dan daun bawang dan saderi , hidangkan ...
selamat mencuba ...
Wednesday, March 21, 2012
NASI BERIANI ALA INDIA
Bahan :-1kg beras basmathi - cuci dan rendam
15g pes halia
5g pes bawang putih
10g rempah campuran
100 ml minyak masak
75g mentega
2 biji bawang merah -mayang
2 biji tomato -belah 4
2 helai daun ketumbar
5 biji cili hijau
25g kismis
10ml air mawar
5ml pewarna oren
5ml pewarna kuning telur
1g safron
5g badam - hiris dan goreng
garam
Bahan raita :- 1 camb dadih
5 biji bawang merah -hiris halus
5 biji cili hijau -hiris halus
3 biji tomato -hiris halus
sedikit daun ketumbar -hiris halus
:- satukan semua dan kacau rata .
Caranya :-panaskan minyak dan mentega . tumis rempah
campuran .
- masukkan bawang merah , pes halia , bawang putih
cili hijau dan tomato . tumis hingga naik baunya.
- masukkan beras yang dh di toskan dan kacau rata .
kecilkan api dan masak lbh kurang 10 minit .
- pastikan periuk di tutup rapat. alih periuk daripada
api dan biarkan sejuk 5 minit .
-renjiskan dengan air mawar dan pewarna . kacau rata
semasa menghidang hiaskan dengan kismis , badam
safron, dan daun ketumbar .
selamat mencuba ...
INDIAN LEMON RICE
Bahan :-1kg beras basmathi
1 liter air
100ml minyak masak
75ml jus lemon
10g mustard
5g kacang dal
5g kacang pis
1 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering
10g serbuk kunyit
2 biji bawang merah - hiris
5 biji cili hijau
15g gajus - goreng
15g kacang goreng
sedikit daun ketumbar -cincang
garam
Caranya :- basuh beras dan rendam seketika .
didihkan air , masukkan beras dan biarkan hingga
beras setengah masak . buang air beras dan
ketepikan seketika.
- panaskan minyak , tumis mustard , daun kari , cili
kering dan kacang dal hingga naik baunya .
- masukkan bawang dan cili hijau hingga wangi .
masukkan serbuk kunyit dan jus lemon, kacau rata
dan masukkan garam .
- masukkan beras , gajus , dan kacang goreng . gaul
rata dan masak hingga tanak . semasa hidang , taburkan
daun ketumbar .
selamat mencuba...
Tuesday, March 20, 2012
NASI PELANGI
Bahan :- 1kg beras basmathi
10g kulit kayu manis
5 g bunga lawang
5 g bunga cgkih
100g minyak sapi
1 tin santan
sedikit daun pandan
sedikit pewana oren
sedikit pewarna hijau
sedikit pewarna kuning
2 biji bawang merah - hiris
25g halia - hiris
25g bawang putih- hiris
garam
Caranya:-basuh beras dan masak dengan santan dan daun
pandan selama lebih kurang 20 minit .
-setelah nasi masak , renjiskan dengan ketiga2 jenis
pewarna .
- sementara tu tumis semua jenis rempah hingga wangi
masukkan ke dalam nasi .tutup periuk nasi dan tanak .
NASI DAGANG
Bahan :- 1kg beras nasi dagang
1 tin santan
sedikit halia -hiris
2 biji bawang merah
sedikit halba
2 batang serai - di titik
Caranya:- basuh beras dan rendam semalaman . bawang di mayang
dan goreng.
- satukan semua bahan dan kukus setengah masak .
tuangkan lebihan santan dan kacau rata .
- kemudian kukus lagi hingga nasi masak , semasa hidang
taburkan bwg goreng ..
NASI DURIAN
Bahan :- 2 mangkuk nasi putih panas
200ml santan kotak
5 ulas durian
60g gula perang atau gula kabung kisar
Caranya :- hidang nasi dengan durian dan santan yang telah di
suamkan dengan gula perang .
- cadangan hidang- campurkan semua bahan dan
makan begitu sahaja .
Saturday, March 10, 2012
NASI DAGANG DAN GULAI IKAN TONGKOL
NASI DAGANG
Bahan :- 600g beras basmathi -rendam
100g beras pulut - rendam
30g halba
sedikit air
sedikit santan pekat
garam secukup rasa
Bahan hiris:- 5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Caranya :-kukus beras yang telah di rendam hingga masak .
setelah masak , masukkan dalam bekas dan gaul dengan
sedikit air sejuk .
- kemudian kukus semula nasi tersebut selama setengah jam .
akhir , angkat nasi dan gaul dengan santan yang telah di
campur dengan garam dan juga bahan yang di hiris
secukup rasa ..
hidangkan ...
GULAI IKAN TONGKOL
Bahan :- 1/2 kg ikan tongkol
50g asam gelugur -ptg ,bersih dan rebus
60g rempah kari ikan
10 g serbk ketumbar
5g serbuk jintan
80g cili giling
4 ulas bawang merah - kisar halus
3 inci lengkuas - kisar kasar
500g santan pekat
30g gula merah
30g kerisek
sedikit air asam jawa
beberapa tangkai cili padi
beberapa biji belimbing buluh
minyak
serbuk perasa
Caranya :- tumis bahan kisar hingga naik bau . masukkan pula
cili giling , srbuk ketumbar , serbuk jintan, rempah
dan air asam jawa .
- kacau rata hingga garing . masukkan ikan dan santan.
biarkan mendidih ,
- perlahankan api dan masukkan kerisek , gula merah ,
belimbing buluh dan cili api .kacau hingga mendidih .
selamat mencuba ...
Monday, February 27, 2012
NASI AYAM SPECIAL
Bahan :- beras
bahan kisar :- bawang putih , halia
ayam
kicap pekat
acar buah
sedikit marjerin
Caranya :- untuk nasi :- bahan kisar dan majerin di tumis hingga
naik bau . masukkan air , sedikit garam dan beras .
biar reneh hingga masak .masukkan daun pandan dan
serai semasa menumis .
- untuk ayam:- perapkan bersama bahan kisar , kicap
pekat dan madu .
- selepas tu goreng ayam hingga garing .setelah masak
hidangkan bersama acar buah dan sup , salad , timun
dan tomato .
selamat mencuba ...
Saturday, February 25, 2012
NASI DAGANG TERENGGANU
Bahan :- 3kg beras siam - rendam
1kg beras pulut- rendam 5 jam
1 inci halia- hiris halus
6 ulas bawang merah - hiris halus
1 camt halba
1/2 kg santan
12 gelas air sejuk
Bahan lauk :- 1/2 kg bawang merah- kisar
2 labu bawang putih - kisar
200g cili boh
2 senduk rempah nasi dagang
1 kg santan
3-4 kg ikan tongkol -rebus dengan gula, garam , asam
keping .
Cara buat nasi dagang :-kukus beras yang telah di rendam hingga
masak . bila masak masukkan ke dalam
bekas dan gaul dengan sedikit air sejuk .
- kukus semula selama 1 jam. angkat nasi , gaul
dengan santan yang telah di campur halia ,
bawang , gula dan garam.
-hidangkan...
Cara lauknya :- tumis cili boh hingga masak , bila masak masukkan
air sebanyak 3 liter dan masak semula hingga mendidih ,
1kg beras pulut- rendam 5 jam
1 inci halia- hiris halus
6 ulas bawang merah - hiris halus
1 camt halba
1/2 kg santan
12 gelas air sejuk
Bahan lauk :- 1/2 kg bawang merah- kisar
2 labu bawang putih - kisar
200g cili boh
2 senduk rempah nasi dagang
1 kg santan
3-4 kg ikan tongkol -rebus dengan gula, garam , asam
keping .
Cara buat nasi dagang :-kukus beras yang telah di rendam hingga
masak . bila masak masukkan ke dalam
bekas dan gaul dengan sedikit air sejuk .
- kukus semula selama 1 jam. angkat nasi , gaul
dengan santan yang telah di campur halia ,
bawang , gula dan garam.
-hidangkan...
Cara lauknya :- tumis cili boh hingga masak , bila masak masukkan
air sebanyak 3 liter dan masak semula hingga mendidih ,
Tuesday, February 21, 2012
NASI BERIANI ALA ISTANA
Bahan:- 4 cawan beras basmathi
4 cawan air
5 camb susu cair
5 ulas bawang merah -kisar
5 ulas bawang putih - kisar
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun saderi
1 tangkai daun pudina
buah pala
garam
pewarna kuning
sedikit minyak
Caranya :- tumiskan bawang yang telah di kisar . masukkan air, susu
daun bawang , saderi dan daun pudina serta garam .
biarkan hingga mendidih .
- masukkan beras . apabila bahan mulai kering masukkan
pewarna dan minyak dari kuah beriani .
- tutup periuk dan biar api perlahan .hidangkan bersama ayan
atau daging masak beriani .
selamat mencuba ....
Tuesday, February 14, 2012
NASI SEPANYOL
Bahan:-1/2 cawan beras - 100g
4 keping daging salai - hiris nipis
1 biji bawang besar -hiris nipis
300-350ml air
85ml sos cili
sedikit gula, sos tiram, serbuk lada putih dan garam
300g tomato -dlm tin
sedikit minyak
Caranya :- panaskan minyak , masukkan daging salai satu persatu .
kemudian bawang besar , biar garing seketika .
- masukkan bahan lain dan kacau rata .
masukkan air secukupnya . didihkan hingga masak
hidangkan...
selamat mencuba ...
Saturday, February 11, 2012
NASI BERIANI
Bahan :- 2cawan beras basmathi
4 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 ulas halia - hiris
2 camb rempah beriani
2 helai daun pandan
Caranya:- tumiskan bahan yang telah di hiris
masukkan rempah beriani dan tumis hingga rempah masak .
- masukkan air dan masukkan garam secukup rasa
masukkan beras yang telah di cuci , masukkan air tumisan
tadi dan masakkan beras tersebut ,
selamat mencuba ...
Sunday, February 5, 2012
NASI DAGANG TERENGGANU
Bahan nasi :- 1 kg beras siam wangi
200g beras pulut
1 tin susu pati santan
2 tin susu santan cair
15g halba
20 halia - mayang
50g bawang merah- mayang
sedikit garam
Caranya :- campurkan beras siam dengan beras pulut dan rendamkan
5 jam ,
- masukkan beras dalam periuk pengukus dan kukus hingga
separuh nasak .
- masukkan sedikit garam , dan gula ke dalam santan pekat .
bila sudah masak masukkan halba dan bawang merah dan
halia yang sudah di campur sebati
- kacau rata dan hidangkan bersama gulai ikan tongkol.
selamat mencuba ...
GULAI IKAN TONGKOL
Bahan:- 1 ekor ikan tongkol
20g lengkuas
3 helai daun pandan
5 keping asam keping
100g belimbing buluh
10 tangkai cili api
1 camb gula kelapa
30g rempah masak
1 biji santan kelapa
1/2 keping manisan
1/2 cawan minyak
30g cili boh
garam dan serbuk perasa
Bahan kisar:- 150g bawang merah
20g bawang putih
10g halia
10g lengkuas
10g kunyit hidup
5g belacan...
Caranya:- kukus ikan tongkol dengan garam, lengkuas , asam
keping dan daun pandan hingga masak .
- campur bahan kisar dengan rempah dan gula kelapa .
panaskan minyak dan masukkan cili boh. kacau hingga
pecah minyak sebeum masukkan rempah tadi ..
- masukkan santan, manisan , asam keping dan garam
secukup rasa . kacau dan biarkan api perlahan hingga
kuah agak pekat .
- masukkan ikan tadi, buah belimbing dan cili api.. hingga
mendidih . angkat dan hidangkan bersama nasi dagang ..
selamat mencuba ....
Tuesday, January 31, 2012
KERABU NASI
Bahan:- 1/2 kg nasi
4 btg kacang panjang
2 helai daun limau purut
garam
50g tauge
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
2 tangkai cili api
5g ikan masin
5g kerisek
Caranya :-hiris halus bahan seperti kacang panjang , bawang merah
bawang putih, cili api,cii merah, cili hijau , serai ,
lengkuas dan halia .
- kemudian masukkan nasi dan gaulkan bersama bahan yang
telah di hiris .
- campurkan tauge , ikan masin , kerisek dan daun limau
purut yang telah di hiris .
- akhir , masukkan garam dan hidangkan..
selamat mencuba......
Friday, January 27, 2012
NASI JAGUNG BERHALBA
Bahan:- 300g isi jagung muda
500g beras - cuci 3 kali
1 tin susu cair
1 helai daun pandan
100ml minyak
10g halba
600ml air panas
garam
Caranya :- cairkan sedikit minyak sapi dan tumiskan bersama
daun pandan , isi jagung dan halba .
- bila naik bau , masukkan air panas . biar mendidih ,
masukkan beras yang di cuci tadi .
- gaul rata hinga air hampir kering dan kecilkan api
tutup dengan daun pisang biarkan ia masa .
- akhir taburkan gajus yang telah di goreng .
hidangkan...
selamat mencuba ...
NASI BERIANI TULANG
Bahan :- 1kg beras basmathi
100g bawang merah
100g bawang putih
100g halia
150g tomato
50g daun ketumbar
10g buah pelaga
10 g bunga lawang
10 g bunga cengkih
50g rempah beriani
10g kulit kayu manis
2 helai daun pandan
150g minyak sapi
1kg tulang sum sum kambing
50ml susu cair
50 ml susu pekat
800ml air
Caranya:- cuci beras basmathi dan rendamkan dalam air selama
10 minit .
- toskan beras , panaskan minyak tumiskan bahan
tumisan seperti bawang merah, bwang putih dan halia.
- bila bahan tekah menjadi kuning , masukkan tomato,
daun ketumbar , daun pandan , serai , bunga lawang ,
kulit kayu manis , bunga cgkih , dan buah pelaga .
- tumiskan lagi hingga bahan kuning keemasan .
masukkan pula rempah beriani bersama serta air
dan beras yang telah di rendam terlebih dahulu ,
- akhir, masukkan susu pekat , susu cair dan tulang
sum sum . bila air kering , kecilkan air dan masak nasi
seperti biasa .,
- pastikan tulang empuk . sedia untuk di hidangkan,,
selamat mencuba ..
Wednesday, January 25, 2012
NASI ULAM KAMPUNG
Bahan :- 3 ekor ikan kembung - panggang dan buang tulang
700g nasi putih
150g bawang merah - hiris nipis
50g cili
50 udang kering
3 batang serai
500g kelapa kering- goreng kekuningan
30g daun kesum
30g kacang panjang
30g ulam raja
50g daun selom
20g bunga kantan - hiris nipis
20g garam
15g lada putih
Caranya :- masukkan nasi putih ke dalam mangkuk dan campurkan
ia bersama bahan yang teah di hiris nipis,
- masukkan sayur2an serta ulam2an yang telah di hiris .
akhir, masukkan garam dan lada putih sebelum di
hidangkan,
selamat mencuba....
Tuesday, January 24, 2012
NASI BERIANI GAM
Bahan :- 1kg beras basmathi
120g minyak sapi
300g bawang besar - hiris
280g bawang merah- hiris
200g bawang putih- hiris
200g halia - hiris
1000ml air
160ml susu cair
5g garam
Bahan A:- 4 helai daun pandan
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cgkih
2 kuntum buah pelaga
4cm kulit kayu manis
Caranya:- panaskan minyak, tumiskan bahan hiris m daun pandan
dan bahan A hingga wangi . masukkan air dan garam.
- bila air mendidih , masukkan beras dan biar hingga
kering . masukkan susu cair dan perlahankan api .
masukkan kismis , gajus dan bawang goreng .,
sedia untuk di hidangkan ...,
selamat mencuba..,
Monday, January 23, 2012
NASI DAGANG
Bahan :- 800g beras nasi dagang -rendam 4 jam
100g bawang merah - hiris
150g halia - hiris
sedikit halba
500ml santan kelapa
gara dan gula secukup rasa
Bahan sambal kerisek :-100g kerisek
1 biji gula melaka- hancurkan
50g bawang besar
sedukit gula
Bahan untuk gulai dagang :- 500g ikan tongkol
60ml minyak
650ml santan kelapa
sedikit jintan putih
25g asam keping
sedikit jus asam jawa
3 biji cili hijau
3 biji cili merah
garam dan gula
Bahan A(kisar halus):-8 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5cm lengkuas
Caranya :- campurkan garam dan gula dalam santan kelapa .satukan
halba dan bawang merah . kukus beras nasi dagang
selama 15 minit .
- kemudian bilaskan beras tersebut dengan air sejuk .
kemudian kukus lagi hingga masak .
-kemudian angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk besar
dan gaulkan dengan santan kelapa . ratakan dan bolehlah
hidangkan bersama gulai .
-untuk gulai :- panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga
naik bau .masukkan air asam jawa dan asam keping
bersama2 santan kelapa.
- selepas tu masukkan ikan tongkol. perlahankan api
dan biarkan ia masak . masukkan cili merah dan cili
hijau serta serbuk perasa dan garam,
- hidangkan bersama nasi dagang ,untuk menyediakan
sambal kerisek , gaulkan bahan seperti kerisek , gula
melaka , bawang besar dan gula hingga sebati .
selamat mencuba ..
Subscribe to:
Posts (Atom)