Bahan rempah/ tumis:
sepaket rempah nasi beriani jenama brahims
2 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga( buang biji )
sebatang serai( di titik) daun pandan
seulas bawang besar -ditumbuk
seruas ibu jari halia- di tumbuk
sedikit minyak sapi atau planta( sy guna planta je..)
Bahan sampingan :
1 kg daging-dicuci, hiris nipis dan di bahagi dua bahagian ( 1 utk satukan
dlm nasi satu lg utk sambal dgg berkuah ..
stok dggatau ayam
kiub pati ayam( kl tak ltak dgg dlm nasi )
Caranya: 1- cuci beras dan toskan .. sukat air mcm biasa..
panaskan periuk dan masukkan planta ..
2- apabila planta dah cair, masukkan bawang , halia yang di tumbuk
bersama serai dan daun pandan..
3- masukkan juga rempah 4 beradik.. kacau biar naik bau.
sementara itu bancuh rempah beriani menjadi pes..
4- bl dah naik bau, masukkan rempah tadi dan kacau hingga naik bau .
baru masukkan stok daging atau ayam dan juga beras.
5-bl dh sebati masukkan hirisan dgg ( samaada yg dh di rebus atau
yang belum di rebus )
kacau. masak hingga airnya kering.
kalau suke perasakan dengan sedikit garam... tanak nasi hingga
masak . hidangkan dengan taburan daun bawang , daun sup dan
sedikit bawang goreng ....
No comments:
Post a Comment