Thursday, July 7, 2011

NASI AYAM

nasi ayam ..... mac, 2011

Bahan nasi:
beras-cuci , toskan
sedikit bawang besar- tumbuk
halia seruas ibu jari- tumbuk
serai, daun pandan
sdikit minyak sapi atau planta( sy guna planta sj)
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
stok ayam atau kiub pati ayam

Caranya: 1- panaskan periuk , masukkan planta dan tumiskan bahan yang
di tumbuk bersama serai, daun pandan, dan rempah empat beradik.
2- bl naik bau, masukkan stok ayam. kemudian masukkan beras dan
kacau.
3- masak hingga mendidih dan nasi masak. nasi ayam saya ini saya
hidangkan bersama dengan ayam goreng berempah.

Ayam goreng berempah

Bahan : 1 ekor ayam- ptg dan cuci bersih
satu paket rempah kari daging jenama baba's(jadikan pes)
sedikit kicap kipas udang manis
sedikit sos tomato
sedikit hirisan bawang besar- utk taburan semasa menggoreng
sedikit daun kari( kl suke)
sedikit garam, gula dan perasa

Caranya: 1- ayam yang di potong tadi di cuci dan kemudian digaulkan bersama
pes rempah , kicap kipas udang manis, sos tomato, sedikit garam,
gula dan perasa.perapkan dlm 2 jam.lagi lama perap lg sedap ..
2- selepas tu goreng ayam ni , dan semasa menggoreng ayam ini,
taburkan hirisan bawan besar dan daun kari ini.( tujuannya utk
mewangikan dan menyedapkan lg rasa ayam itu.
3 -goreng hingga kekuningan, angkat. boleh di makan begitu sahaja
atau di hidangkan bersama sos nasi ayam.

Bahan sos nasi ayam:
sedikit cili merah-kisar
sedikt cili hijau - kisar
seulas bawang putih- kisar
sedikit cili padi
sedikit garam, gula dan cuka

Caranya: satukan semua bahan ke dalam periuk(kecuali garam, gula) dan
masak hingga sos agak hampir pekat. masukkan sedikit gula, garam
dan sdkit cuka..hidangkan..

No comments: