Sunday, July 10, 2011

APAM MARBLE

Assalamualaikum .... harini teringin pula nak mencuba apam marble versi resepi dari zuriana abd latip.
 apam ni memang gebu, sedap terasa macam kek ... teruja juga masa membuatnya sebabkan bukan la
 expert sangat bab kuih muih ni.. tapi alhamdulillah menjadi apam ni... terima kasih buat zuriana abd latip
 .... ini la resepinya ..... cuba la...


Bahan : 2 cawan tepung gandum + 1 camt baking powder- ayak
          1 cawan gula
          1 cawan santan
          garam sedikit
          2 biji telur
         1 camt esen vanila
         1 camt ovalette
         pewarna - coklat emulco, hijau dan merah emulco)

Caranya: 1- Pukul gula, telur, esen vanila, ovalette , santan hingga
                   kembang dan pekat .( putih)
              2- Sementara itu campurkan tepung gandum bersama
                   baking powder dan garam, ayakkan .
             3- Setelah adunan pertama tadi dah kembang( putih)
                 baru masukkan teoung tadi sikit2 sampai habis.
             4- kacau sebati dan bahagikan kepada beberapa bahagian
                 dan warnakan .( coklat, hijau dan merah). panaskan
                 periuk kukusan api sederhana . balut penutup periuk
                 kukusan dengan aluminium foil ataupun kain.
             5- Sapu loyang dengan sedikit planta dan alaskan kertas
                 minyak .sapukan planta dan tuangkan adunan secara
                 selang selikan warnanya  hingga habis.Apa bila air
                kukusan hampir mendidih, masukkan adunan ini dan
                kukus hingga 45 minit, api sederhana .



petua: semasa mengukus jgn buka penutupnya. apabila cukup
          masa 45 minit baru buka penutup kukusan dan biarkan
          masak tanpa tutup untuk mencantikkan lapisan atas apam.
          Kemudian tutup semula pengukus dan kukus lagi 5 minit .
          Tutup api dan biarkan sejuk ... hidangkan ..


EHSAN RESEPI ZURIANA ABD LATIP...
           

No comments: