Sunday, July 10, 2011

KEK ALUNAN KASIH

KEK ALUNAN KASIH

bahan : 5 biji telur
1 1/2 cawan planta
2 1/2 tepung gandum ( 2 cawan 1/2 tepung kek)
3 camt baking powder
1 cawan susu cair
1 camt esen vanila
serbuk koko untuk menjadikan kek berline
pewarna ( hijau-pandan , strawberi emulco)
2 cawan gula

caranya:1- pukul planta dengan gula hingga kembang.

                 masukkan telur satu persatu sambil di pukul 
                 hingga kembang.
             2- masukkan esen vanila, susu dan gaul sebati.

                 masukkan tepung sikit2 sambil terus di kacau 
                sebati.
            3- bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu 

               di warnakan merah dan satu lagi hijau .
            4- alaskan loyang dengan kertas minyak dan sapu 

               planta. kemudian bahagikan tiap warna kepada 
               beberapa bahagian dengan sukatan cawan.
           5- lapiskan lapisan pertama dengan warna coklat 

              ( cawan pertama.kl nak lapisan agak tebal skit ,
              masukkan sukatan 2 cawan untuk satu lapisan)
          6- selesai masukkan adunan lapisan pertama, ayakkan 

              serbuk koko hingga menutupi permukaan adunan . 
             ( kl nak lapisannya tebal ,ayakkan lebih adunan serbuk 
             koko ini)
         7- ulang proses untuk lapisan kedua dan seterusnya dan 

             ayakkan serbuk koko pd tiap lapis hingga habis adunan. 
             untuk membuat corak jalurnya beralun, ayak sedikit 
             loyang ini ke kiri dan kekanan.
         8- bakar 40 minit atau hingga masak .
              ( harap maaf foto kurang jelas kerana kamera hp)



EHSAN RESEPI ZURIANA ABD LATIP

 

No comments: