Sunday, April 20, 2014

AYAM MASAK PRUNE



Bahan :

1 ekor ayam
2 camb serbuk cili
3 camb rempah kari
1 camt serbuk kunyit
1 1/2 camt garam
minyak -goreng terendam
1 bj bawang  besar - hiris
2 ulas bwg putih - tumbuk
4 cm halia - tumbuk
4cm kulit kayu manis
1 camt serbuk lada hitam
2 camb  tepung jagung
2 cawan  air panas
1 kiub pati ayam - stok
12 bj buah prune


Caranya :

1- perapkan ayam bersama serbuk cili , rempah kari , serbuk kunyit  dan garam selama 30 minit .
    panaskan minyak dan goreng ayam  separuh masak dan ketepikan .
2- asingkan  sebahagian  besar minyak tadi,  tumiskan bawang besar  menggunakan baki minyak
    tadi .masukkan bawang putih , halia, kulit kayu manis dan serbuk lada hitam.
3-kacau . masukkan tepung jagung  dan kacau . tuangkan air  perlahan2 dan stok .
    kacau dan biar mendidih .
4-masukkan buah prune dan ayam . perlahankan api dan reneh sebentar .
   hidangkan ..
   selamat mencuba ..













sumber : majalah

No comments: