Bahan :- 500g daging lembu
8 biji bendi
3 biji tomato -belah 8
60ml minyak
15g serbuk ketumbar
15g serbuk jintan manis
15g serbuk jintan putih
15g serbuk cili
10 g serbuk lada putih
15g serbuk kunyit
30g sos tomato
10 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
150ml susu cair
1 biji bawang besar -belah 4
1cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
garam
'
caranya :-hiriskan daging nipis2 dan perapkan seketika bersama
ramuan yang di kisar dan garam.
- panaskan minyak dan tumiskan bawang besar , kulit kayu
manis , buah pelaga dan bunga cengkih .
- bila semua bahan tumisan naik bau campurkan ramuan
rempah bersama sos tomato dan biar naik minyak .
- masukkan daging , susu cair dan biar mendidih.
bila daging dh empuk , masukkan bendi dan tomato .
renehkan seketika sebelum di hidangkan...
Saturday, April 28, 2012
Monday, April 2, 2012
OTAK-OTAK
Bahan A :- 200g isi ikan - kisar
100g isi udang- kisar
1 biji putih telur
2 biji bwg merah
5ml susu pekat
garam
5ml perahan jus limau
5ml cili kisar
Caranya :- pukul bahan A iaitu isi ikan , isi udang , putih telur ,
cili merah , susu pekat , garam, jus limau dan cili kisar .
- pukul hingga bahan jadi sebati , bila bahan dah sebati,
masukkan ia dalam daun kelapa.
-dengan menggunakan bara , panggang otak2 hingga
masak ..selama mencuba,,
Sunday, April 1, 2012
DADA AYAM PERAP
Bahan :-- 400g dada ayam (tanpa tulang )
1 1/2 camb tumis (ayam)
4 camb minyak
1 camt kicap cair
1 camt serbuk mustard
60g kacang pis
Caranya:- bersih dan toskan ayam . campurkan bahan lain
untuk membentuk pes yang halus .
- masukkan dada ayam dan perap selama 1 jam.
panaskan kuali , masukkan minyak . bila minyak
panas , masukkan ayam dan goreng atas api
perlahan hingga kekuningan.
- hidangkan... selamat mencuba ...
AYAM KALASAN
Bahan :- 350g ayam
150g gula perang (gula melaka)
2 helai daun salam
100g lengkuas
100g bwg putih
100g bwg merah
250ml air
1/4 cawan air kelapa
1 camb tumix (ayam)
500ml air
garam
>>>>>> satukan semua
Bahan sos :- 2 camb sos tomato
1 camt madu
1 camt serbuk lada putih
1/2 ccamb tumix(ayam)
caranya :- satukan dan masak selama 10 minit
Caranya :- perapkan ayam dan rebus 25 minit . toskan ayam .
panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga
kekuningan.
- letakkan ayam , tuangkan sos dan hidangkan...
selamat mencuba ...
AYAM PALEMBANG
Bahan :- 500g ayam
200ml santan
1 batang serai - kisar
1cm halia - kisar
5 tangkai cili merah -kisar
2 camb tomato puri
125ml kacang hijau
2 kuntum bunga cengkih
1 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga - buang kulit
1/4 cawan minyak
1 paket tumix (ayam)
Caranya:- bersihkan ayam dan potong kecil .
perapkan dengan sedikit garam dan goreng.
- kisarkan serai , cili merah dan halia .
panaskan minyak , masukkan bahan kisar , bunga
cengkih , kulit kayu manis , dan buah pelaga.
- tumis selama 7 minit . masukkan santan , tomato puri
dan tumix. bia mendidih akhir masukkan ayam dan
kacang hijau . kacau dan hidangkan..
selamat mencuba...
KEPAK AYAM MASAK NYONYA
Bahan A:- 10 ketul kepak ayam
1 paket tumix (ayam )
1 camb jus halia
beberapa titis kicap pekat
Bahan B:- 1 camt halia
1 camb serbuk ketumbar
50g halia cincang
1 camb taucu - cuci dan tumbuk hinga jadi pes
Bahan C:- 1 camb asam jawa (campur dengan 3 camb air )
garam dan gula secukup rasa
Caranya:- perapkan kepak ayam dengan bahan A selama 1/2
jam.
- panaskan minyak di dalam kuali , gorengkan ayam .
toskan dan ketepikan.
- panaskan 2 camb minyak , tumiskan bahan B hingga wangi
masukkan bahan C . selepas naik minyak , masukkan
ayam.
- kacaukan ayam hingga sekata dan sos pekat . hias dan
hidangkan.
selamat mencuba ...
NASI AYAM
Bahan :- A
1 ekor ayam -1.kg
1 paket tumix (ayam )
1 camb jus halia
Bahan B :-
2 camb marjerin
2 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
50g halia- cincang
Bahan C:-
200g beras- cuci dan tos
1-2 helai daun pandan - ikat simpul
1 paket tumix ayam
1/2 camt garam
Caranya :- perapkan ayam dengan bahan A selama 1/2 jam , rebus
3 liter air , masukkan ayam dan renehkan selama 20 minit .
- simpan stok ayam untuk memasak nasi dan sup . keluarkan
ayam potong kecil .hiaskan dengan timun, daun bawang
dan sederi .
- untuk memasak nasi :- masukkan bahan B dalam kuali dan
goreng hingga wangi . masukkan bahan C , masukkan ke
dalam periuk nasi atau saucepan dengan 300ml stok ayam
(dari rebusan ayam ) biarkan masak ,
- gunakan lebihan stok ayam sebagai sup . taburkan daun sup
dan daun bawang dan saderi , hidangkan ...
selamat mencuba ...
Subscribe to:
Posts (Atom)